Powered by Blogger.

KINI SEMUA MAMPU SKOR 'A'

Ibu bapa dan pelajar yang dihormati,


Adakah anda mengalami
  • kesukaran untuk menghantar anak ke kelas tuisyen kerana sibuk dengan kerjaya?
  • terbeban dengan masalah yuran tuisyen yang tinggi?
  • rasa letih dan penat setelah seharian bekerja tiba tiba terpaksa menghantar anak ke kelas tusyen?
Adakah anak anda
  • mengalami masaalah menyiapkan tugasan sekolah?
  • kurang minat mengulang kaji pelajaran?
  • sukar memberi tumpuan di dalam kelas?
  • tiada hala tuju yang jelas dalam pelajaran dan kehidupan harian?
  • mengalami masalah disiplin?
  • kelihatan pendiam, letih, tidak ceria dan tidak suka bergaul dengan kawan kawan?
  • kurang mesra sesama anggota keluarga?
  • tidak aktif dalam sukan dan kokurikulum?
Sekiranya anda / anak anda menjawab 'YA' kepada salah satu soalan di atas pastikan anda / anak anda menyertai program ini.

<<< PROGRAM SKOR ‘A’ DALAM  MASA 40 HARI >>>

Skor 'A' Tanpa Tuisyen
Kini dunia dilanda tsunami ekonomi. Jimatkan perbelanjaan pendidikan anak anda. Tidak Perlu Membazirkan Masa, Tenaga Dan Wang Ke Kelas Tusyen.
Jangan biarkan nasib anak anda ditentukan PUSAT TUSYEN. Anda mampu mengubahnya.

TUSYEN: Membazirkan Masa, Tenaga dan RM ?
Ya! memang benar saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa menghadiri kelas tusyen  membazirkan masa, tenaga dan wang. Itu pendapat saya. Itu pilihan saya. Dan saya telah buktikan. Sudah tentu pandangan saya tidak muktamat. Ada pro dan kontra mengenai perkara ini.

Hujah saya cukup mudah, setiap kali keputusan peperiksaan samada PMR atau SPM kita dapati surat khabar melaporkan ramai yang berjaya dengan cemerlang tanpa menghadiri kelas tusyen.

Saya telah membaca lebih dari 20 buah buku mengenai motivasi dan cara cara belajar dengan berkesan, tiada satu pun yang menegaskan untuk berjaya dengan cemerlang mesti pergi tusyen. Saya juga telah menghadiri beberapa seminar dan kem tranformasi, jawapannya sama - tiada saranan atau galakkan untuk ke kelas tusyen jika ingin berjaya. Kesemuanya menggalakkan kita mesti berusaha sendiri.

Bukti paling jelas ialah kawan kawan saya menghadiri kelas tuisyen setiap hari sepanjang tahun tapi keputusan ujiannya kadang kala tidak dapat mengatasi pelajar pelajar yang tidak hadir kelas tusyen.

Tapi masih ramai yang percaya dan mungkin terpedaya dengan iklan agresif pusat pusat tusyen. Jangan salah faham, saya tetap menyokong dan  menyertai kelas tusyen yang diadakan oleh guru kelas kerana bayarannya murah dan mungkin kadang kala diberi percuma. Kepada sesiapa yang  tidak  menghadiri  kelas  tusyen dan berminat untuk mengetahui sistem belajar yang berkesan, saya sedia berkongsi pengalaman pribadi saya.

Saya dikatakan seorang pelajar sederhana (mendapat nombor 80 dari 203 orang murid). Sistem yang telah saya gunapakai telah berjaya menjadikan saya di antara 10 pelajar terbaik. Semuanya berlaku tanpa tusyen dan saya amat bersyukur kerana tidak perlu membazir masa, tenaga dan wang.

Apakah jawapan kepada persoalan di atas?

Para Pelajar dan Ibu Bapa,
Saya mula mempelajari Mind Map / Peta Minda / Lakaran Idea sekitar 2007, seterusnya mengaplikasikan teknik ini secara serius selepas mendapat latihan intensif di ‘Kem Transformasi’ anjuran Adam Khoo Learning Technology dari Singapura (2008). Menyedari Lakaran Idea memberi kesan hebat dalam proses pembelajaran dan kehidupan harian, tetapi masih belum digunakan begitu meluas di kalangan pelajar, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan previu percuma untuk para pelajar dan ibu bapa.

Lakaran Idea telah membantu saya untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM, dalam masa yang sama terus aktif dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum, kelab, sukan, menguasai bahasa Jepun dan bekerja sambilan (setiap Jumaat dan Sabtu, cuti awam dan cuti sekolah).

Kawan kawan agak cemburu apabila melihat saya tidak perlu ke kelas tuisyen tetapi masih mampumelonjak dari kedudukan 80 dan muncul sebagai salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2009 dan pelajar Melayu terbaik di SMJK Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan. 

Terima kasih kepada Lakaran Idea yang menjadi rahsia kejayaan ini, kerana saya adalah satu satunya pelajar Tingkatan 5 Yakin yang tidak membazirkan masa, tenaga dan wang menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah. Atas rasa syukur dan terima kasih, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan mereka yang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dengan kaedah yang lebih mudah dan seronok serta menjimatkan masa, tenaga dan wang tanpa tuisyen.
“Be Happy Now! Good Bye Tuition...”
“Apabila seseorang individu melihat dan berfikir secara berbeza, mereka akan bertindak dengan cara berbeza, lalu menghasilkan keputusan yang lebih hebat”



“Most People Spend Their Lives Earning A Living
Rather Than Designing Their Lives”


Be Happy Now! Good Bye Tuition... Adalah satu program intensif atau ‘KEM TRANSFORMASI’ menggunakan teknik ‘ACCELERATED LEARNING’. Program yang sangat komprehensif, popular dan efektif ini digunakan secara meluas di Singapura dengan jayanya. Objektif utama program ialah:-
  • Membantu pelajar membina asas kukuh dan berkesan untuk melangkah maju mencapai objektifnya. Keberkesanan melaksanakan prinsip yang mampu bertahan serta mampu mengubah tingkah laku atau tabiat.  Melalui tingkah laku yang bertambah baik, dapat mencapai keputusan yang diharapkan.
  • Mengubah asas pendekatan pelajar terhadap pembelajaran, perhubungan, maupun masalah serta peluang dengan membuang tingkah laku serta kecenderungan tidak berkesan yang lazim, lantas mencipta kepercayaan yang tinggi serta membentuk hubungan saling bergantungan yang utuh. Dalam mengamalkan formula yang dipelajari anak anda akan memberikan kesan yang positif terhadap kejayaan serta daya saing di sekolah secara semula jadi.
MENGUPAYAKAN POTENSI ANAK ANDA.
Kita telah memasuki era di mana cara belajar perlu mantap dan berkesan. Membiarkan anak anda menggunakan kaedah lama bererti mengabaikan amanah anda sebagai ibubapa yang bertanggung jawab. Keberkesanan sesaorang pelajar belum pernah sepenting ini. Cabarannya ialah untuk membantu pelajar yang berpotensi untuk cemerlang, sedar akan potensi sebenar mereka, seterusnya membuat sumbangan hebat kerana mereka berupaya melakukannya. Anak merupakan harta dan amanah yang maha esa.

SIAPA YANG LAYAK  MENGHADIRINYA
Program ini sesuai  kepada semua peringkat pelajar terutamanya pelajar yang belum cemerlang dan sederhana serta memilih untuk mencapai matlamat berikut:-
  • Mencipta perubahan positif sepanjang hayat—melihat, berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza untuk memperolehi hasil yang lebih baik.
  • Meningkatkan tahap kepercayaan dan kerjasama berpasukan serta mempengaruhi individu bagi meningkatkan tahap kejayaan.
  • Menyatupadukan pasukan dan organisasi di bawah satu visi, misi serta tujuan yang sama.
  • Membantu pelajar memahami masalah dan menganggapnya sebagai peluang, yang akan mencetuskan penyelesaian yang diharapkan.
  • Menggalakkan komunikasi lebih baik yang membawa kepada kejayaan dalam menyelesaikan masalah. Mendorong peleraian konflik dan membantu individu mendapatkan faedah bersama, lantas meningkatkan momentum kumpulan.
  • Menggalakkan penambahbaikan berterusan, serta melindungi dari kelesuan yang menyebabkan tiadanya tumpuan belajar.
  • Meningkatkan inisiatif latihan yang lain kerana prinsip yang dipelajari menerusi program ini mempunyai aplikasi universal.
  • Mewujudkan persekitaran belajar yang lebih memuaskan serta meningkatkan pencapaian akademik dan kehidupan harian.
  • Mencapai kecemerlangan mental,  emosi, fizikal dan spiritual secara semula jadi sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
FAEDAH FAEDAH PROGRAM.
Meningkatkan kecemerlangan akademik adalah matlamat utama program ini. Sebagai ibu bapa anda juga akan dapat menjimatkan MASA, TENAGA dan  WANG.
Manakala anak anda akan mendapat menafaat berikut:
  •  Cekap mengurus masa untuk pelajaran dan lain lain aktiviti seperti berinternet, facebook dan sebagainya.
  • Aktif bersukan dan kokurikulum.
  • Seronok membantu ibu bapa dan keluarga.
  • Berpeluang untuk menambah wang saku atau bekerja sambilan.
  • Mempunyai lebih masa rehat untuk menjaga kesihatan seperti beriadah / bersenam, bermesra dengan ahli keluarga dan menonton TV.
  • Meningkatkan minat serta hobi untuk untuk membaca buku bukan akademik seperti novel, kartun, komik dan sebagainya.
  • Berpeluang mempelajari bahasa asing (Arab, Cina, Jepun dll).
  • Melakukan apa saja  perkara yang diminati dan berfaedah.
BAYANGKAN SEKIRANYA ANAK ANDA MEMILIKKI SIFAT SIFAT DI BAWAH.
  • Mempunyai inisiatif untuk memastikan setiap tugasan siap dan disempurnakan.
  • Boleh membincangkan isu isu mencabar secara bijak dan berdiplomasi.
  • Mempunyai matlamat dan cita cita  peribadi yang jelas.
  • Sentiasa memikirkan bagaimana untuk memperbaiki serta meningkatkan pencapaian.
  • Sentiasa merancang bagaimana untuk menggunakan masa mereka.
  • Tidak menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu masalah.
  • Dengan sendirinya berdisiplin dan fokus untuk mencapai matlamat yang utama yang telah ditetapkan.



  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP